Sunday, January 30, 2011

Yang Telah Ditakdirkan

       Yang Telah Ditakdirkan mengisahkan suka-duka tiga orang sahabat, iaitu Tan Mei Yin,Kamarulzaman dan Muniandy.Mereka belajar di kelas yang sama.Pelbagai konflik melanda persahabatan mereka,tetapi mereka tetap tabah mengharunginya bersama-sama.Persahabatan tiga sekawan yang berlainan bangsa ini tetap utuh.Peristawa yang paling manis adalah apabila Tan Mei Yin dan ayahnya,memeluk agama islam di akhir cerita.
        Novel yangbertema semangat perpaduan dan persahabatan  ini digarap dengan indah sekali oleh pengarang yang berwibawa ini........

Saturday, January 29, 2011

Kisah daripada AL-QURAANuntuk adik-adik

Sesungguhnya cerita memainkan peranan yang tersendiri dalam meransang imaginasi,minda, dan perkembangan daya fikir adik-adik.Ditambah pula jika cerita-cerhebat ita tersebut mempunyai nilai moral yang positif maka sudah tentulah akan menjadikannya lebih berharga.
     AL-QURAAN bukan hanya terbatas kepada amalan,pedoman dan hukum-hakam sahaja,malah ianya juga memuatkan begitu banyak kisah yang  hebat  dan luar biasa.Ianya sarat dangan nilai keimanan,terladan,keberanian,pengorbanan,perjuangan dan kasih sayang.
     Buku*KISAH DARIPADA UNTUK ADIK-ADIK*ini adalah untuk memupuk rasa cinta dan sayang adik-adik kita kepada KITAB SUCI AL-QURAAN.Dipersenbahkan dalam bahasa yang mudah difahami dan diperindahkan lagi dengan ilustrasi berwana yang menarik supaya adik-adik tidak berasa bosan apabila membacanya.
     Diharap supaya adik-adik akan dapat mengambil iktibar daripada segala kisah di dalam buku ini.Semoga dengan membaca buku ini,akan membantu adik-adik menjadi insan yang salih dan salihah di kemudian hari.

Thursday, January 27, 2011

HIKMAH

Amri merupakan seorang anak yang taat kepada ibunya...Namun begitu,segalanya berubah apabila Amri berada di sekolah.Dia menjadi liar dan nakal..
     Sapura,seorang pengawas juga menjadi mangsa kenakalan Amri sehingga menimbulkan rasa benci yang mendalam di dalam hati Sapura...Namun begitu,segalannya berubah disebabkan satu peristiwa yang dialami oleh mereka berdua...Apakah yang akan terjadi seterusnya...

Monday, January 17, 2011

Testing

saya nurizyani

Sunday, January 16, 2011