Thursday, September 29, 2011

Bunga Raya!!!

Berkembang mekar wahai bungaku
Untung nasib namamu kini dijulang
Negara mengiktiraf zahir dirimu
Generasi berganti kau teguh berseri
Apakah watan tahu asal usulmu?

Keamanan Negara bercahaya merdeka
Erat bertaut rakyat harmoni
Bertitik keramat 28 Julai 1960
Anggun warnamu mengkias rupa
Nilai teguh serta berani
Gugusan unik 300 jenis
Senang berseri berjiwa raya
Akan lengkapnya Rukun Negara
Akan sempurna lambang perpaduan
Namamu ku gengam
Kujulang keudara
Untuku martabatkan ...... BUNGA KEBANGSAAN!!!

No comments:

Post a Comment