Tuesday, October 4, 2011

SaLaH fAhAm...

Seorang lelaki telah
menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun
mengambil keputusan untuk menghantar e-mail
kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip
alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui
kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail
tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda
baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada
majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut
mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya
untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada
saudara-mara dan teman-temannya. Selepas
membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun
pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas
ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di
lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin
komputer:

To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 30 Nov 2010
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan
kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan
komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama
insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai
dan telah menginap dengan aman di sini. Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk
kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa
denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti
apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Moral of the story: Semak betul-betul alamat email
yang dihantar.

No comments:

Post a Comment